I made this widget at MyFlashFetish.com.


Wednesday, January 19, 2011

BEBERAPA FAKTOR YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN SEBELUM ATAU SEMASA MEMBELI RUMAH

1. Pilih Lokasi Rumah.


  • Pilihlah lokasi yang dekat dengan tempat kita bekerja untuk mengurangkan
kos pengangkutan ketempat kerja.
  • Pilih lokasi yang strategik, ada potensi untuk membangun supaya harga
rumah dan kadar sewa meningkat dimasa depan.
  • Lokasi yang majoriti penduduknya sebangsa atau seagama, supaya senang
urusan amal ibadat, berjamaah, kenduri kendara dsb.


2. Pilih Jenis Rumah.
  • Jenis rumah yang mampu kita beli dan sesuai dengan pendapatan kita. Tak
kiralah apartment ke, teres ke atau banglow.
  • Saiz rumah yang sesuai dengan saiz keluarga kita. Keluasannya, jumlah
biliknya, parking space dsb.
  • Jenis hak milik, pajakan atau kekal.

3. Pilih Pemaju.
  • Pilihlah pemaju yang dah establish atau syarikat besar. Kalau pemaju keci-kecilan, takut
projek terbengkalai.
  • Syarikat pemaju besar-besar ni, dia orang berurusan dengan pembeli
secara professional, tak banyak kerenah. Dia orang mesti jaga imej. Kalau

yang ada ISO 9000 ke lagi bagus.



4. Pilih Peguam (Loyar).



  •  Loyar Pemaju untuk urusan perjanjian jual-beli (S&P) – yang ni biasanya
free. Kalau kena bayar pun cuma duit stem dan photostat.
  •  Loyar Bank untuk urusan perjanjian pinjaman – boleh cari sendiri atau
suruh bank cari. Yang ini kita kena bayar. Jumlahnya bergantung  kepada

jumlah loan. Professional fees 1% dari jumlah loan plus duit

stem, photostat dan lain-lain documentations.



5. Pilih Bank.



  • Pinjaman boleh dibuat dimana-mana bank yang menawarkan housing loan
samada panel yang dilantik oleh pemaju atau cari sendiri.
  • Pilihlah bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman,
interest rate, tempoh bayaran balik dsb. samada cara Islamik atau

konvesional. Biasanya boleh loan 90% dari harga rumah dan ansuran bulanan <

1/3 dari pendapatan bulanan kita.
  • MRTA – Insuran untuk cover loan (wajib) – boleh bayar cash atau masuk
dalam loan (one lump sum).
  • Insuran kebakaran, kena bayar tahunan (yearly).

6. Pengeluaran KWSP


  • Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama
atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.
  •  Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara
harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan

jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.

Contohnya : Harga rumah RM100,000. Loan RM90,000. Perbezaan RM10,000.

10% harga rumah RM10,000. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 +

RM10,000 = RM20,000. Kalau akaun2 ada RM15,000 kita boleh keluar  semua

simpanan itu. Kalau akaun2 ada RM30,000 kita cuma boleh keluarkan RM20,000

saja (sebab dikira yang terendah). Adalah dinasihatkan kita check akaun2 dulu sebelum kita

decide berapa loan kita nak ambil. Kalau akaun2 kita banyak, kita boleh kurangkan loan.

  •  Dokumen yang diperlukan untuk memohon pengeluaran : i. borang
permohonan, ii. salinan S&P, iii. salinan I.C. iv. salinan surat tawaran

loan.  Boleh buat kat mana-mana pejabat KWSP. Pengeluaran akan datang setiap

3 tahun sekali untuk mengurangkan loan.
6. Pengeluaran KWSP.

No comments:

Post a Comment